Friday, April 23, 2010

Menusuk Kalbu weyh




Kalo korang dgr lagu nie, korang rasa ada pengalaman mcm nie..mesti korang merambu punye ayaq mata...hehe..

Tuesday, April 20, 2010

Enta eih (what are you)

Berapa ramai lelaki boleh jadi imam..

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.


"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.



Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Winged Eyeliner Tutorial

Kpd kawan2 yg nk sgt Tahu camne aku wat eyeliner, nah hameek video ni.. korang tgk kat blog.. demam2 pon aku buat utk korang jgk..

Monday, April 19, 2010

Fever love Me





Demam ni membuatkn Saya x boleh nak buat apa2. Sangat Bosan. Nk buat Activity apa pon x tau kalo demam nie. Activity yg leh buat pon mcm ni la, update blog yg x penah update..haha. Walaupon xde follower tp x pe. ni kira cam blog syok sendiri dulu..haha
Mulai skrng blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.. love u blog!Psst, org lain dh berkurun dh mula blog, aku baru nk mula giler lembab ko ni FARAH..haha

Sleeping Disorder @ insomnia

Seperti yang tertera di atas, saya memang dah lama ada masalah ni, biasa lah kalau jumpa doctor, mesti dia cakap mcm ni, "awak kene betolkan masa tido awak farah", x pon, " saya bagi awak pil tido ni, awak makan. Bila awak rasa macam tak boleh tido awk amik pil ni yea".. adoy tak makan pil tido tak boleh ke? Kenapa dengan diri ini wahai farah..hahaha tidak diketahui kenapa..

Tips2 @ psychology yg saya akan buat untuk membuat diri ini tido:

1)Baca doa tido dan doa yg lain2
2)Berangan ( itu mesti..hehe)
3)Kadang2 teringat cam Mr bean kira kambing, so iot jgk la jejak tu..
4)Pikir esok nk masak ape.
5)Pikir esok nk pakai baju ape.
6)Bila nk kawen dgn anak Raja. hua hua hua
7)Bila nk dpt pakai lamboghini Diablo.
8)Macam macam ada..

KEBANYAKAN DI ATAS SLALUNYA TIDAK BERKESAN UNTUK MEMBUATKN SY TIDO.. kalo anda diluar sana jadi saya.. tension x? renung renungkn dan slamat beramaml (^_^)

My 1st writing~ daymn

Hahahaha.. buat blog dh lama tp baru nk tulis.. Terlampau bz dgn kehidupan mcm ni la jadi nya.. pastu, salah satu sbb lagi x reti nk guna.. gler buta It.. xpe2 start arini blaja yea..